2 Anggota Polis Iringi Anak Ahli Parlimen Secara Tak Rasmi Akan Terima Hukuman Ini

Dua anggota polis trafik yang didakwa mengiringi anak seorang ahli Parlimen di Jalan Bukit Gambir, di sini baru-baru ini telah ditukarkan ke bahagian pentadbiran sehingga siasatan tatatertib berkaitan kes berkenaan selesai.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dalaman oleh pihaknya mendapati tiada arahan rasmi atau tidak rasmi daripada mana-mana pegawai kanan, Ibu Pejabat atau Kontinjen Pulau Pinang untuk tugasan itu dilaksanakan.

”Kertas siasatan tatatertib telah dibuka dan siasatan terperinci dijalankan bagi memberikan keadilan.

”Sehingga siasatan selesai, kedua-dua anggota trafik tersebut telah dilucut sementara daripada menjalankan penugasan hakiki dan ditempatkan di bahagian pentadbiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Semalam, menerusi klip video yang dimuat naik menerusi Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *