2 Tahun BicaraMahkamah Dan Dai Syed Dibebaskan. Ini Sebab Kenapa Gadis Itu Tarik Report

DUA tahun naik turun mahkamah, akhirnya pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal menarik nafas lega apabila dia dilepas dan dibebaskan (DNA) atas pertuduhan menca bul serta melakukan persetu buhan luar tab ii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selesa. demikian lapor Kosmo.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal, 27, agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu.

“Saya bersetuju dengan hujahan peguam bela, kes ini di DNA, Orang Kena Tuduh (OKT) dilepas dan dibebaskan mengikut Sek syen 254 (3) Kanun Tatacara Jena yah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” kata Hakim itu.

Sebelum ini, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon kes yang dipertuduhkan ke atas tertuduh itu dilepas tanpa dibebaskan (DNNA) mengikut Sek syen 254 (2).

“Selepas meneliti keseluruhan kes, pihak pendakwaan memohon kes ini diperintah untuk DNNA.

Ia memandangkan antara lain pengadu dalam kes ini mengalami kemurungan serius atas kejadian yang menimpanya sehingga pengadu beberapa kali mencede rakan diri sendiri dan mempunyai ‘De4th Wishes’ (keinginan ma ti)”, kata Norhashimah.

Menurut Norhashimah perintah DNNA tidak akan memprejudiskan tertuduh selagi tidak dibuktikan bersalah dia tidak perlu rasa terbeban malah dia dilepas dengan ikat jamin oleh mahkamah sebelum ini.

Untuk rekod, Syed Iqmal Shah atau Syed Iqmal Shah Syed Mohammad Shaiful Jamalullail bedepan dengan dua pertuduhan itu sejak Oktober 2020.

Syed Iqmal

Da’i Syed pernah alami kemurungan disebabkan kes çabul.

Dalam pada itu, peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, pengadu dilihat tidak lagi berminat meneruskan kes tersebut apabila memberi alasan mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan.

Biarpun wajar untuk berasa simpati kepada mangsa, namun mahkamah telah menetapkan sebanyak 13 kali tarikh termasuk sebutan kes namun pengadu sendiri telah menarik balik laporan pada Disember tahun lalu.

“Ini menunjukkan pengadu tidak berminat untuk meneruskan kes ini. Laporan polis yang menjadi asas, telah ditarik balik oleh pengadu dalam keadaan sukarela, tanpa paksaan atau wujudnya elemen habuan,” katanya.

Menurut peguam itu lagi sekiranya perintah DNNA diberikan peguam itu berkata, ia membawa maksud tertuduh masih boleh dituduh bila-bila masa dan perkara itu akan menghantui tertuduh sebagai pesalah se ks.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *