Zizan Razak Beritahu 24 Ahli Keluarganya Positif C0vlD Serentak, Dia Juga Ceritakan Tindakan Selanjutnya

Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak, 37, mengakui berasa trauma apabila 24 ahli keluarga dan sanak saudara disahkan positif C0VlDI9 serentak, baru-baru ini.

Dua ahli keluarga terkorban

Menurut Zizan, apa yang lebih menyedihkan adalah C0VlDI9 telah mengorbankan dua ahli keluarga yang berada di Dungun, Terengganu.

Berita duka yang diterima itu membuatkan dirinya dan ibu, Anai Ibrahim yang tinggal di Kuala Lumpur berasa takut untuk keluar dari rumah.

C0VlDI9 bukan perkara main-main. Menambahkan kerisauan apabila berdepan pengalaman ibu saudara bersama empat sepupu yang rapat disahkan positif.

Lebih menakutkan, bapa mentua ibu saudara dan pembantu rumah menjadi korban dalam sekelip mata selepas dijangkiti.

Saya dan ibu jadi ngeri mahu keluar rumah. Pelbagai kisah, pengalaman dan teladan ahli keluarga yang positif menimbulkan banyak kesedaran, setiap langkah perlu waspada dan jaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan.

Tak berani nak keluar bekerja

Dalam pada itu, pemenang tiga kali trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) berkata dia memilih untuk kekal berada di rumah dan memilih work from home (WFH).

Kata pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak, dia perlu mengutamakan keselamatan dan nyawa ibunya yang tinggal sebumbung dengannya.

Jujurnya, saya tiada keberanian nak keluar bekerja dengan jumlah harian positif C0VlDI9 melebihi 20,000.

Saya boleh mohon surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas dasar kerja, namun, saya harus memikirkan nyawa dan keselamatan ibu yang tinggal sebumbung dengan saya.

Lagi pun, kerisauan saya lebih tinggi dengan pengalaman saudara mara dijangkiti C0VlDI9. Ia juga menyebabkan hati saya tidak seronok bekerja di luar.

Sumber: BH Online, Instagram @zizanrazak869

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *