Aaron Aziz Pula Positif, Dia Ceritakan Dari Mana Dia Dapat

Pelakon Datuk Aaron Aziz, 46, memaklumkan dia kini menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19, hari ini.

Aaron berkongsi, dirinya kemungkinan besar dijangkiti daripada set penggambaran namun keadaannya buat masa sekarang masih baik-baik saja.

“Ia bermula dari set (penggambaran). Pertama sekali, pelakon lain kena dan kemudian selepas itu tersebar. Saya pun tidak mengalami simptom teruk pun.

“Cuma sewaktu berada di set tadi, seorang artis lain mengalami sakit tekak dan disahkan positif. Semalam, kami jalani penggambaran bersama dan saya jadi kontak rapat,” katanya.

Pelakon yang popular dengan gelaran Malik dalam filem KL Gangster itu bagaimanapun disahkan positif selepas menjalani ujian pada tengah hari tadi.

Datuk Aaron Aziz

“Selain memang sudah sakit akibat penyakit saraf yang saya alami, kini dijangkiti Covid-19 pula. Saya cuma kuarantin di rumah dan apa-apapun, Allah tahu yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Aaron juga berharap orang tersayang termasuk keluarga dan pembantunya dilindungi serta dijauhkan daripada virus bahaya ini.

“Keputusan ujian saringan anggota keluarga saya masih belum diketahui. Kena tunggu esok baru mereka lakukan ujian itu,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *