Penyanyi Yasin Sulaiman yang kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua kenalan, teman dan peminat.
Perkara itu disampaikan abang penyanyi itu, Zain Sulaiman, 50, yang melawat Yasin, semalam.
Abang kepada Yasin Sulaiman, Zain Sulaiman
“Alhamdulillah semalam saya dan adik beradik lain dapat melawat Yasin. Dia mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua kenalan, teman-teman dan peminat.
“Yasin juga mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang memberi sokongan secara rahsia dan terbuka.
“Perjumpaan selama 30 minit saja. Kami adik-beradik bergilir-gilir bersembang dengannya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Zain, Yasin yang juga pesakit bipolar berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah dia okay. Dia ambil ubat secara konsisten,” katanya.
Dalam masa sama, Zain berharap ada khabar gembira dan sinar baharu buat adiknya itu pada sebutan kes 18 Mei ini.
“Tarikh sebutan kes di Mahkamah Petaling Jaya adalah hari yang ditunggu-tunggu olehnya,” katanya.
Terdahulu, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara.
Sumber : HMETRO ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.