Remaja Baru Habis Sekolah Ini Pasti Menyesal Sebab Gambar Dia Tular. Apa Yang Bakal Berlaku Mesti Buat Dia Terduduk

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengambil tind4kan terhadap pemilik kenderaan selepas tular gambar pelajar tidak memakai topi keledar ketika membonceng motosikal pada Sabtu.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan tersebut.

“Menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar merupakan satu kesal4han yang boleh did4kwa di bawah Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.

“Bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan juga boleh diambil tindakan di bawah kaedah 6 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959,” katanya pada Ahad.

Tular di laman sosial pada Sabtu remaja berpakaian baju sekolah yang diconteng perkataan jelik tidak memakai topi keledar ketika membonceng motosikal.

Tindakan tersebut mendapat respons pelbagai pihak terutama netizen yang menganggap ia boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan tidak bermoral.

Mengulas lanjut, Hanif berkata, jika disabitkan kes4lahan hukvman boleh dikenakan terhadap pelaku di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa d3nda tidak melebihi RM2,000 atau dipenj4rakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Jika sabit kesalahan kedua pula akan didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjara tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu keselamatan jalan raya dan menasihatkan ibu bapa agar memantau aktiviti anak-anak supaya tidak melanggar undang-undang.

“Kami juga menasihatkan kepada pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas supaya tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *