‘Abang Viva‘ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, masih belum dapat berkhidmat membantu mangsa-mangsa banjir di daerah ini susulan arus yang terlalu deras.
Azwan berkata, situasi itu berisiko untuk bot-bot masuk ke tempat-tempat yang terputus hubungan jalan darat.
“Saya terkilan lewat sampai kerana di lokasi pertama tadi paras air makin surut dan mangsa-mangsa pun sudah berpindah.
AZWAN Omar tiba di Terengganu awal pagi ini dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton di Hulu Terengganu
Bagaimanapun, di beberapa lokasi lain di daerah ini arus masih lagi deras dan berisiko untuk bot masuk,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Belukar Bukit di sini hari ini.
Azwan berkata, selepas misinya selesai di Hulu Terengganu, dia merancang untuk ke Kelantan pula, namunn bergantung kepada keadaan semasa banjir.
Katanya, perjalanan ke negeri ini berjalan lancar dan tiba pada pukul 4.50 pagi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Triton yang dihadiahkan usahawan kosmetik, bulan lalu.
Dia turut ditemani beberapa kenalannya dan bergerak secara konvoi.
VIDEO LIVE TERBARU ABANG VIVA KETIKA DI TERENGGANU
Sumber – UTUSAN ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.