Ada Orang Cuba Pecah Masuk Rumah Roslan Shah. Rupanya Ada Sesuatu Yg Aneh Berlaku Sebelum Ini

PENGACARA Roslan Shah cemas apabila kediamannya di Singapura cuba di pecah masuk oleh penjenayah pada Selasa.

Menurut Roslan, perkara itu disedari oleh adiknya yang baru pulang dari Bali, Indonesia yang terlihat kesan umpilan di tingkap koridor rumah berkenaan.

Dia yang masih trauma dan terkejut ketika ini memberitahu bahawa tiada penghuni semasa kejadian itu berlaku.

“Kejadian itu baru disedari petang tadi. Adik balik dari Bali kira-kira pukul enam petang, dia perasan ada kesan umpilan di bahagian tingkap bilik koridor.

“Saya baru sahaja pulang dari percutian pelayaran di Kuala Lumpur bersama Datuk Seri Alif Syukri,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Roslan memaklumkan pihak polis kini sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti suspek terlibat.

“Buat masa ini masih tidak tahu berapa barang yang hilang sebab polis tengah lakukan siasatan untuk dapatkan cap jari memandangkan bilik adik ada peti besi,” katanya lagi.

Roslan bagaimanapun tidak menolak jika perbuatan itu dilakukan oleh orang terdekat kerana ini bukan kali pertama ia terjadi.

“Saya rasa ini kerja orang yang dekat dan yang kenal saya. Sebab siapa lagi yang tahu saya duduk di mana dan aktiviti saya.

“Sebelum ini ada orang tabur garam dekat depan rumah kali ini orang cuba pecah masuk pula,” ujarnya.

Dalam pada itu, Roslan juga menitip pesan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian di media sosia sekiranya hendak ke mana-mana kerana akan membahayakan diri sendiri dan harta benda.

“Nasihat saya kalau nak keluar rumah tak perlu nak update nak ke mana, bahaya!” kongsinya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *