Ada Sesuatu Terjadi Ketika Janna Nick Jadi Juri I Can See Your Voice. Terkejut Semua Orang Tapi Lepas Itu Semua Ketawa

Rancangan I Can See Your Voice Malaysia telah memasuki musim kelima dengan gandingan pengacara terbaru, Izzue Islam dan Ain Edruce.

Seperti biasa, penyanyi-penyanyi tanah air dijemput hadir sebagai penyanyi jemputan untuk mengenalpasti sama ada peserta yang mana bukanlah penyamar.

Malam tadi pula, peminat setia I Can See Your Voice Malaysia dapat menyaksikan penyanyi rap wanita popular, Zizie Kirana sebagai penyanyi jemputan manakala dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa juri seperti pelakon, Janna Nick, Andi Bernadee, Marsha Milan dan beberapa lagi selebriti hebat yang lain.

IMG_20220523_083250

Walau bagaimanapun, selain asyik melayan gelagat Zizie Kirana bersama juri untuk bersama-sama mengenalpasti peserta penyamar mahupun penyanyi sebenar, di hampir pengakhiran rancangan episod Zizie Kirana ini terjadi pula kejadian tidak disangka-sangka berlaku terhadap Janna Nick.

Juri dan pengacara I Can See Your Voice Malaysia bagaimanapun dengan pantas menolong Janna Nick yang dilihat terjatuh selepas ingin duduk dikerusinya.

Kejadian Janna Nick terjatuh dan dikongsikan oleh dirinya sendiri ini bagaimanapun mencuit hati ramai apabila Janna Nick turut menulis kapsyen, “Sakit tapi tetap pertahankan… siapa gelak esok cirit.”

VIDEO:

Perkongsian rakaman video pendek tersebut nampaknya dihujani dengan ratusan reaksi ramai yang mana kejadian tersebut menarik perhatian ramai penonton ICYVM pada malam tadi.

KOMEN NETIZEN:

Janna

“Aku cirit birit ni, mungkin sebab aku tersalah gelak”

IMG_20220523_083130

Sumber: HimpunanCeritaLawak / Janna Nick 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *