Semalam Kata Addy Kanna Bukan Dalang Macau Scam Tapi Hari Ini Lain Pula. Ini Kenyataan Dari Ketua Polis Negara

Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing Forex.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan awal mendapati sindiket pusat panggilan judi online antarabangsa yang melibatkan Addy Kanna ini menjalankan kegiatan mempromosi selain memperdaya mangsa pelaburan Forex.

“Tangkapan Addy (Kanna) dan seorang suspek yang masih bebas (Goh Leong Yeong@Alvin) mendapati mereka berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan sewa premis dan telekomunikasi kepada sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat China.

“Kita juga dapati wujud elemen penipuan scam membabitkan Addy ini,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Media Salah Petik Kenyataan Polis Semalam Tentang Addy Kanna

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Hamid Bador menjelaskan bahawa akhbar tersalah petik kenyataan pegawainya apabila melaporkan bahawa dua individu dalam kegiatan Macau Scam tidak terlibat dalam aktiviti itu.

Sehubungan itu, katanya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed akan membuat sidang akhbar esok bagi menjelaskan isu itu.

“Akhbar itu salah petik. Esok Datuk Huzir ada PC. Dia akan clarify,” katanya di sini hari ini.

Sebuah akhbar yang memetik kenyataan Huzir hari ini dilaporkan mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini, tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam di negara ini.

Video Penjelasan Ketua Polis Negara ( lihat pada minit 14:00)

Sumber : Sinar Harian / PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *