Allahyarham Benjy yang mening.gal dunia pada Ahad selamat dikebu.mikan di Pemaka.man Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia pada Isnin.
Upacara pengeb.umian pelakon yang juga anak kepada aktres Allah.yarham Azean Irdawaty itu selesai sekitar pukul 11.45 tengah hari (waktu Indonesia).
Urusan penge.bumian Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim dikendalikan oleh Penj.ara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.
Keluarga Benjy yang terdiri daripada ayahnya Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi dan anak tunggalnya, Firdaus Juan Benjamin, 16, turut berkesempatan melihat proses pengebu.mian Allah.yarham menerusi panggilan video dengan kakitangan penj.ara.
Tidak ketinggalan dua adik Allah.yarham, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty juga berpeluang melihat saat-saat terakhir abang kesayangan mereka disema.dikan.
PIHAK PENJ4RA TANGGUNG SEMUA KOS, ALHAMDULLILAH
Menurut Inessa Irdayanty, keluarganya dimaklumkan segala kos pembiayaan pengurusan jena.zah abangnya itu ditanggung sepenuhnya oleh pihak pen.jara.
“Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menawarkan bantuan untuk pembiayaan pengurusan jena.zah.
“Sekiranya, masih ada yang mahu berbuat demikian (memberi sumbangan), kami minta anda untuk salurkan sumbangan kepada mana-mana pihak yang memerlukan atas nama Allah.yarham Ben (panggilan buat Benjy) dan sedekahkan Al-Fatihah,” kata Inessa dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diwakili Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah turut berkesempatan menyaksikan proses pengkebumian Benjy menerusi siaran langsung video bersama keluarga dan anak Allahyarham.
“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah ar.wah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhi.rat.
“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nya.wa,” kata Hafiz lagi.
Pada Ahad, Astro AWANI melaporkan, Benjy Ibrahim menghembuskan nafas tera.khir pada usia 43 tahun di sebuah hos.pital di Medan.
Berita duka pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar.
“Ben (panggilan buat Benjy) mening.gal di hospital Medan Indonesia akibat Asma hari ini,” kata Khairil Anwar menerusi kiriman mesej kepada Astro AWANI.
Sumber : ASTRO AWANI