Serpihan Warna Merah Biru Dipercayai Badan Kapal Terbang Ditemui Di Pantai Desaru, Ramai Yang Buat Spekulasi

P0lis Johor menjalankan siasatan ber kaitan penemuan objek menyamai serpihan kapal atau kapal terbang di pesisir pantai hotel di Desaru, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, serpihan berkenaan ditemui oleh pekerja hotel berkenaan kira-kira 6 petang.

Beliau berkata, polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan penemuan objek berkenaan, semalam.

“Saya kurang pasti berkaitan teori meng aitkan penemuan serpihan itu.Cuma setakat ini, pihak polis masih dalam siasatan lagi bagi mengetahui dan menentukan jenis serpihan yang ditemui.

“Ia bagi menentukan sama ada ia ada kaitan dengan objek kapal terbang, kapal atau lain-lain kompenan objek berkaitan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan serpihan itu kelihatan seperti ia agak lama berada di perairan dan me miliki warna merah dan biru.Difahamkan serpihan merah biru itu kelihatan seperti agak lama berada di perairan berkenaan.

Ada dakwaan mengaitkan serpihan itu dengan peralatan daripada pesawat kecil dan bukan daripada pesawat komersial.

Bagaimanapun ada juga pandangan menyatakan ia mungkin daripada serpihan bot yang karam dan lain-lain.

SUMBER:HMETRO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *