Aeril Zafrel Memang Nak Pergi Melawat Nad Zainal Dihospital Tapi Aeril Beritahu Sebab Perkara Ini Dia Jadi Tidak Berani

Pelakon Aeril Zafrel memberitahu yang dia berhasrat untuk melawat Nad Zainal yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Namun, disebabkan rasa keresahan (anxiety), dia tidak mampu untuk berbuat demikian.

“Disebabkan pengalaman peribadi sebelum ini, saya ada anxiety bila tengok seseorang dalam keadaan sebegitu (sakit). Sana nak melawat, tapi dalam masa sama anxiety tu datang.

“Saya rasa setengah orang tahu perasaan itu macam mana… bila kita datang tengok orang sakit, kita jadi tak senang.

Insya-Allah, saya memang nak melawat Nad dan kalau ada masa, saya akan cuba ke hospital,” katanya kepada Gempak.

“Saya Nak Melawat Nad, Tapi Tak Boleh Sebab…” - Aeril Zafrel

Aeril ditemui pada acara Viu Upfront 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Aeril menyeru sesiapa yang mengenali Nad supaya sentiasa berdoa agar diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.

“Ketika dengar dia dimasukkan ke ICU, of course saya terkejut sangat. Sebab kita tak nampak dia ada sebarang penyakit sebelum ini. Betul-betul mengejutkan.

“Tambahan pula, Nad merupakan anak tunggal dan semestinya ia satu dugaan yang berat untuk familinya.

Nad pun ada anak yang memerlukan dia, saya harap rakyat Malaysia doakan kesihatan Nad untuk sembuh seperti sedia kala. Sebab doa sahaja yang boleh selamatkan dia,” katanya menutup perbualan.

Untuk rekod, Aeril dan Nad pernah membintangi sebuah telefilem berjudul Mengharap Sebuah Keredaan. Telefilem tersebut disiarkan pada 2017.

Terdahulu, Nad Zainal dimasukkan ke hospital kerana jangkitan pada paru-paru.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *