Rakyat Malaysia baru sahaja selesai menonton sidang media khas Perdana Menteri Malaysia tentang bantuan bantuan yang bakal kerajaan beri untuk rakyat sempena PKP ini.
Perkara paling menjadi topik hangat adalah pengeluaran KWSP dimana sebelum ini dipanggil i-sinar dan i-lestari tetapi kali ini dipanggil i-citra.
Pengeluaran i-Citra boleh dibuat pada Ogos 2021 dan had pengeluaran adalah RM5000 sahaja dan akan diberikan RM1000 sebulan.
“Sudah Sedia Jawab Soalan Dalam Kubur?” – Aeril Zafrel
Pelakon, Aeril Zafrel, secara terbuka menegur para pemimpin negara menerusi Instagram miliknya hari ini.
“Wahai ketua atau pemimpin negara. Apa yang anda lakukan hari ini, jika ia baik atau pun tidak, akan anda dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Sudah sediakah anda menjawab soalan Munkar dan Nankir di alam kubur nanti?
“Tolong tag dekat ketua atau pemimpin. Peringatan untuk diri sendiri?,” tulis pelakon filem Aku Tak Bodoh itu.
Menjengah ruangan komen, Utusan Malaysia mendapati layangan persoalan dimuat naik Aeril dijawab oleh tiga pelakon popular.
“Tak ada mood nak tag insan-insan agung itu,” komen Nazim Othman.
“Mereka peduli kah kalau kita tag? Kes bunuh diri makin tinggi. Rakyat Malaysia sengsara sampai tahap nak ambil nyawa sendiri,” tulis Sharifah Husna.
“Masalahnya mereka peduli kah Aeril?,” tanya Afdlin Shauki.
Aeril juga kemudiannya dilihat ada membalas komen-komen rakan artisnya itu secara ringkas.
“Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya kita mengingatkan,”katanya.
Sementara itu, rata-rata pengikut dan peminat Aeril masing-masing memberi hujah dan pandangan sendiri terhadap kemelut yang berlaku dalam negara kebelakangan ini.
Kerajaan umum PEMULIH bantu rakyat
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion, bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam berdepan penularan wabak COVID-19.
Perdana Menteri ketika membentangkan PEMULIH berkata, pakej itu merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
PEMULIH menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.
Walaupun dalam ruang fiskal yang amat terhad, Muhyiddin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus komited dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat.
“Saya tidak akan berkompromi dalam soal memelihara kebajikan rakyat dan memerangi COVID-19,” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan, hari ini.
Sumber : Utusan Online / IG Aeril Zafrel / Bharian Online