Pelakon, Wawa Zainal memaklumkan suaminya, Aeril Zafrel kini sudah sembuh daripada Covid-19 buat kali kedua selepas menjalani kuarantin kendiri pada 4 Ogos lalu.
Berkongsi di Instagram, Wawa bersyukur kerana Aeril bebas daripada wabak yang mampu meragut nyawa insan tersayang.
“Alhamdulillah Aeril sudah pun habis kuarantin. Dua kali positif Covid tahun ini, terima kasih Ya Rab Engkau masih pinjamkan dia (Aeril) buat kami.
“Pinjamkanlah kesayangan ku ini Ya Rab hingga ke hari-hari tua kami. Perkenankanlah Ya Rab,” tulis Wawa.
Wawa juga berpesan kepada orang ramai agar terus menghargai pasangan selagi masih ada.
“Ciptalah memori indah bersamanya. Terima kasih Allah semoga kita semua dipelihara dan dilindungi daripada Covid-19 yang semakin mengganas,” tulisnya.
Wawa Zainal Sediakan Kek Sambut ‘Kebebasan’ Suaminya Dari Cov19 (Video)
View this post on Instagram
Terdahulu, Aeril mengesahkan dirinya dijangkiti wabak itu selepas kali pertama positif pada Januari lalu.
Sementara itu, menerusi perkongsian Wawa pada 6 Ogos lalu memaklumkan dirinya dan tiga cahaya mata mereka negative Covid-19.
Sumber : Utusan Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.