Haqiem Rusli Dan Pasangannya Selamat Diijabkabulkan, Majlis Perkahwinan Mereka Tarik Perhatian Ramai

Gosip hubungan cinta antara Haqiem dan Anis Sofea bukan perkara baharu apabila netizen sebelum ini pernah mengaitkan mereka sedang bercinta.

Namun pada ketika itu kedua-dua mereka masih mengunci mulut sehinggalah baru-baru Haqiem berkongsi hasrat untuk berkahwin pada Jumaat, 19 November hari ini ketika muncul di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 ABPBH34 Sabtu lalu.

Sementara itu, mengulas pemilihan tarikh 19 November sebagai hari disatukan, bekas pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 33 ini berkata, mereka mahu mengambil keberkatan hari Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, kad perkahwinan Haqiem dan pasangannya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri sudah pun diedarkan dan majlis resepsi bertemakan Seputih Salju itu akan dilangsungkan di pinggir ibu kota.

Berikut adalah trivia bakal isteri Haqiem Rusli

Nama sebenar ialah Wan Anis Sofea Wan Zamzuri. Berumur 19 tahun, keluarga gadis ini berasal dari Kelantan. Anis Sofea menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

Merupakan seorang selebriti media sosial dengan memiliki hampir 41,000 pengikut di Instagram. Menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju.

Anis Sofea mula bertemu dan berkenalan dengan Haqiem atas urusan perniagaan. Anis Sofea juga merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.

Mereka berkawan selama hampir dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Anis Sofea mula menukar imej dengan berhijab baru-baru ini.

Anis Sofea juga sudah memadam foto dan video lama di Instagram. Buat masa ini dia hanya berkongsi dua keping foto bertarikh 31 Oktober lalu dengan imej baharunya itu.

Ruangan komen mula dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen sejak Haqiem berkongsi berita berkenaan di ABPBH34 Sabtu lalu.Ramai netizen memuji Anis Sofea kerana dikatakan mirip dengan wajah pelakon Hanis Zalikha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *