Lelaki Ligat Menyamar ‘Mejar Shuhada’ Scam Mangsa Dan Liw4t lelaki

Seorang lelaki diberkas polis selepas dipercayai menyamar sebagai ‘Mejar Shuhada’ sebelum memperdayakan mangsa menggunakan helah masalah peribadi dan urusan perkahwinan, kelmarin.

“Suspek akan memperdayakan mangsa melalui perkenalan menggunakan aplikasi WhatsApp. Selain menipu wang, suspek juga terlibat dalam satu kes liw4t yang dilaporkan seorang mangsa lelaki dalam kejadian berlaku di rumah sama antara 23 hingga 25 November lalu,”.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memiliki pakaian askar dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan s3.ks luar t4bii.

Suspek berusia 19 tahun itu diberkas pada pukul 9.15 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bersama-sama pegawai tentera Kem Terendak, Sungai Udang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, hasil maklumat daripada pegawai tentera, suspek berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Ayer Molek Perdana, Kuala Sungai Baru.

Katanya, pemeriksaan di lokasi turut menemukan pakaian tentera berpangkat kapten dan aksesori.

“Hasil soal siasat suspek mengaku memperoleh pakaian tentera tersebut dengan cara pembelian dalam talian. Susulan itu suspek ditahan dan siasatan lanjut mendapati dia memperdayakan seorang mangsa lelaki membabitkan kerugian RM21,400 dengan menggunakan helah masalah peribadi dan perkahwinan,” katanya.

Arshad berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah itu dengan memainkan watak jantina berlainan iaitu sebagai Mejar Shuhada dan Kapten Saufi.

SUMBER: UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *