Wanita Ini Ditahan Kerana Cermin Terlalu Gelap, Ini Alasan Dia Beri Pada JPJ Kenapa Dia Pakai Cermin Gelap

“Ini (cermin gelap) kerana doktor cakap saya ada masalah kulit.” Itu alasan diberikan seorang wanita ketika di tahan di sekatan jalanraya di Jalan Syed Abdul Aziz, 10.20 malam tadi.

Kesalahan itu dikesan dalam Operasi Penguat kuasaan Sempena Tahun Baru Cina 2022 oleh Jabatan Pengang kutan Jalan (JPJ) negeri.

Wanita berusia 40-an itu yang memandu kereta mewah turut mendakwa, dia tidak tahu perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu serta mem punyai surat doktor untuk menggunakan cermin gelap pada kenderaan itu.

Susulan itu, wanita terbabit diberikan notis 14 hari untuk hadir ke pejabat JPJ negeri bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah JPJ negeri Muhammad Firdaus Shariff berkata, operasi membabitkan 40 anggota dan pegawai dijalanlan selama empat jam dan berakhir pada 12 tengah malam.

Beliau berkata, 750 kenderaan diperiksa dan 224 kesalahan dikesan.

“Daripada jumlah kenderaan diperiksa, sebanyak 170 kenderaan diambil tindakan dengan 176 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Insurans dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh adalah kesalahan terbanyak direkodkan dengan 114 kesalahan manakala tiada lesen memandu dengan 47 kesalahan serta cermin gelap 45 kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Firdaus berkata, sepanjang Tahun Baru Cina ini juga pihaknya turut membuat penguatkuasaan di depoh bas ekspres, Teminal Melaka Sentral serta penyamaran anggota di dalam bas ekspres.

“JPJ bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) juga turut memeriksa 126 pemandu bas dan hasil ujian saringan air kencing dijalankan tiada sebarang kes membabitkan dibawah pengaruh dadah dikesan,” katanya.

Kredit:HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *