Aishah Tidak Berdiam Diri Dan Ini Luahan Sedih Kepada Ustazah Yg Membuat Kenyataan Tentang Salam Selebriti Boleh Hilang Roh

NAMA Ustazah Siti Afifah Shahbudin semakin menjadi sebutan ramai ekoran sering memberi kenyataan menimbulkan banyak perbalahan dan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Terbaharu, penyanyi Datuk Aishah pula terpanggil untuk mengulas sebuah video yang dimuat naik oleh Afifah yang mendakwa seseorang boleh kehilangan jiwa atau roh jika bersalaman dengan golongan selebriti.

Menurut Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 57, apa diperkatakan oleh Afifiah itu seakan-akan menghina artis.

aishah 2

“Ustazah hina golongan kami (artis). Sepatutnya orang macam ustazah bimbing kami dan bukannya menghina.

“Ustazah adalah orang yang sepatutnya lebih berhemah, lebih berilmu dan lebih dekat belajar dengan Allah,” katanya.

Aishah mengulas perkara tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Janji Manis Mu ini turut membuat perbandingan dengan dakwah agama lain yang pernah dilihat ketika dia menetap selama 10 tahun di New Zealand sebelum ini.

“Inilah perbezaan dakwah yang saya lihat selama 10 tahun di New Zealand. Kalau dakwah kita yang marah dan cepat menghukum, jangan marah kalau anak muda terpikat dengan agama lain kerana dakwah mereka penuh kasih sayang.

“Dosa dengan Allah boleh bertaubat, dosa dengan manusia kena minta ampun sesama manusia. Ustazah hina sekelompok kami. Sanggup ke cari kami di akhirat nanti,” jelasnya.

Dalam masa sama, Aishah berpendapat golongan yang mempunyai ilmu agama sebegini sepatutnya menggunakan kelebihan tersebut untuk terus membimbing masyarakat ke jalan benar tanpa menggunakan kekerasan.

“Janganlah tunjukkan dakwah kita dengan keras tanpa kasih sayang. Kepada yang ada ilmu bimbinglah kami dengan cara baik.

aishah 3

Aishah menyeru golongan agamawan untuk menyampaikan dakwah secara lembut.

“Berdakwahlah dengan baik. Jangan buat kami hilang rasa hormat terhadap golongan ustaz dan ustazah,” ujarnya.

Terdahulu Afifah juga mendapat perhatian ramai selepas mengeluarkan kenyataan berhubung suami dayus apabila seorang isteri mendapatkan khidmat doktor lelaki ketika proses bersalin.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *