Akhirnya Ini Kenyataan Polis Tentang Isu Lelaki Ini Dider4 Dalam Pusat Pemulihan Di Madrasah. Sekali Ibu Lelaki Itu Bakal Didakwa

Seorang ibu kepada bekas pelatih sebuah madrasah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas satu pertuduhan membuat laporan palsu, bahawa anaknya dipu kul oleh pihak madrasah.

Wanita yang berusia 45 tahun itu, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Zuraina Zamri, 45, didakwa membuat laporan palsu- Foto Bernama.

Zuraina Zamri, 45, didakwa membuat laporan palsu- Foto Bernama.

Menerusi satu kenyataan media, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan, dengan niat menyebabkan pihak polis menggunakan kuasa di sisi undang-undang yang boleh mendatangkan bencana kepada pihak lain.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 182 Kanun Kese ksaan yang memperuntukkan huku man pen jara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 November untuk sebutan semula kes.

“Hakim juga telah memberi amaran kepada tertuduh supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang menyentuh kes berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Iqbal berkata, mengikut laporan polis, anak pengadu telah dihantar ke madrasah berkenaan bagi menjalani rawatan pemulihan selama empat bulan.

Katanya, ibu kepada pelatih itu kemudiannya telah ke madrasah berkenaan untuk bertemu dengan anaknya yang berumur 20 tahun, pada jam 11 malam, 10 Ogos lalu.

Beliau berkata, pelatih berkenaan memaklumkan bahawa dia telah dipukul, ditumbuk dan kepalanya diketuk oleh warden madrasah tersebut.

“Pelatih itu telah membuat dua laporan polis masing-masing pada 23 Ogos dan 25 September.

“Dalam laporan pertama, dia menyatakan tidak dipukul namun dalam laporan kedua, dia menukar kenyataan itu kepada telah dicederakan oleh pihak madrasah.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut telah dibuat terhadap mangsa di Hospital Shah Alam dan mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa,” katanya.

Pada Jumaat lalu, seorang bekas penghuni sebuah madrasah di Jalan Kebun, di sini mendakwa dirinya telah didera ala mili tan oleh pihak madrasah.

Namun, Pertubuhan Kebajikan Darussolihin menafikan dakwaan bahawa madrasah Darussolihin yang ditubuhkan bawah badan bukan kerajaan (NGO) itu, melaksanakan penderaan ala militan kepada pelajarnya.

Menerusi satu kenyataan media, selain menekankan ilmu agama, madrasah yang ditubuhkan sejak 2007 menjalankan program pemulihan dan perlindungan terhadap individu yang terbabit dengan masalah sosial.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *