Mer0k0k adalah satu tabiat yang tidak sihat tidak kira sama ada kalian menghisap jenis tradisional yakni tembakau atupun elektronik iaitu vape dan pod. Dalam erti kata yang lebih mudah, apa-apa sahaja tabiat yang memerlukan anda ‘berasap’ adalah berbahaya terhadap kesihatan termasuklah shisha.
Setiap kali berbicara mengenai shisha, sudah pasti kita akan terbayang sekumpulan anak muda yang melepak di kedai makan sambil menghisap sebuah tabung yang mengeluarkan asap.
Dalam satu serbuan pihak berkuasa di sebuah premis makanan, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun antara individu yang dikenakan kompaun.
Dia yang ketika itu sedang sendirian menghisap shisha di luar premis sepertinya terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa.
Gadis gigil diserbu ketika bershisha
Menerusi video yang dikongsi oleh @IbuPeri, kedengaran suara gadis itu bergetar mempertahankan diri dengan mempersoal tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya.
Ujarnya, dia masih seorang pelajar dan agak mustahil untuk dia turun naik mahkamah, apatah lagi memberitahu ibu bapanya berhubung kompaun sejumlah RM250 yang dikenakan ke atasnya.
“Tak adil saya student tau…macam mana nak naik turun mahkamah lagi”
Bagaimanapun, gadis itu tidak bernasib baik apabila pihak berkuasa yang bertugas mengabaikan segala ucapannya, sebaliknya meminta agar dia melunaskan kompaun itu di balai.
“Mungkin itu last dia shisha”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mentertawakan gadis berkenaan mengenangkan cara dia menjawab soalan pihak berkuasa untuk mempertahankan diri, tetapi berbelit.
“Terpaling medic”
Terutamanya apabila mendengar pengakuannya yang memaklumkan bahawa dia adalah seorang pelajar jurusan perubatan, seolah-olah hendak mengelak daripada dikompaun.
SUMBER:@IbuPeri_RA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.