Akhirnya Tuan Badan Neelofa Bersuara Tentang Teka-Teki Dakwaan Hamil

Harapan peminat untuk mendengar perkhabaran baik mengenai dakwaan sama ada Noor Neelofa hamil seakan belum menemui jawapan apabila usahawan dan selebriti terkenal tersebut tidak memberi kata putus mengenainya.

Tunggu masa tepat

Menurut Neelofa, 32, dia tidak mengiyakan atau menafikan sebaliknya menunggu masa yang tepat untuk mengumumkan perkara tersebut sekiranya benar sedang hamil.

Soalan mengenai sama ada seseorang itu sudah hamil atau tidak agak sensitif untuk dijawab dan pastinya mempunyai alasan tersendiri.

Kalau katakanlah desas-desus terbabit betul atau tidak, saya akan menunggu waktu yang terbaik untuk kongsikan kepada semua. Berita gembira yang dikongsikan itu adalah satu doa.

Neelofa berkongsi perkara itu ketika majlis Pengagihan Bakul Kasih PRIHATIN-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) bersama Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) yang diadakan di Surau Al Mustaqim, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, petang tadi.

Seramai 1,000 orang penerima yang layak menerima zakat daripada Bank Rakyat Pinggiran Bukit Jalil yang disempurnakan oleh YB Senator Tuan Hj. Idris Hj Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Turut bersama adalah suami tercinta, PU Haris Ismail, ibu iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed dan adik perempuan, Nur Ameera.

Bukan berita buruk perlu sorok

Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor mengakui ramai yang teruja menanti berita kehamilannya sehingga memberi tekanan kepada dirinya secara tidak langsung.

Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa-doa ini sebagai pelindungan.

Saya fahami kedudukan saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini. Insya-Allah akan dibuat dengan baik dan saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukan sesuatu berita yang perlu disorokkan.

Terdahulu, Neelofa pernah dikatakan hamil apabila sekeping gambar seolah-olah menunjukkan ‘baby bump’ usahawan itu tular di media sosial.

Meski sering dihujani pertanyaan mengenai kehamilan, Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Kredit:OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *