Kenapa Public Health Malaysia Minta Maaf Pada Aliff Syukri? Dato Aliff Dedahkan Sebabnya

Penyanyi, pelakon dan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan gesaan orang ramai yang memintanya menyalurkan derma ketika negara berdepan krisis wabak COVID-19.

Jelas Aliff, dia bagaimanapun akui sudah banyak menghulurkan bantuan tanpa perlu menghebahkan kepada orang ramai.

SUSAH NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG

“Susah saya nak puaskan hati orang.. Assalamualaikum kepada semua sahabat media sosial saya, saya sebenarnya terlalu penat dengan sikap masyarakat dan juga netizen.

“Buat baik salah dan buat jahat pun salah. Saya bersedekah salah dan saya bagi zakat pun salah.
“Baru-baru ini tular dengan mengatakan bahawasanya saya tidak membantu orang di dalam kesusahan. Dan di dalam masalah cronola (COVID-19).

“Adakah anda tahu sebenarnya saya telah membantu lebih daripada puluhan ribu ringgit untuk mereka yg susah dlm penyakit cronola ini.

“Dan orang mengatakakan saya tidak membantu. Saya meriyak dan sebagainya. Jika saya bantu korang kata saya riyak, jika saya tidak bantu korang kata saya jahat. Kalau saya tunjuk buat live, korang kata saya menunjuk. Sebenarnya korang nak apa?

“Sebenarnya saya dah banyak bantu tapi saya senyap sebab saya tak nak orang cakap saya riyak mak saya pun dah pesan,” katanya.

Sehubungan itu, Aliff membuka ruang kepada orang ramai yang memerlukan bantuannya menyalurkan maklumat berkaitan dari semasa ke semasa.

“Ok dah, kalau begitu berapa ramai korang nak saya bantu dan saya tambahkan lagi RM30,000.

“Kepada Public Health Malaysia tolong hubungi pengurus peribadi saya untuk bantu. Jangan cakap abg tak bantu lagi tau,” tambahnya yang memberikan respon terhadap posting akaun rasmi agensi terbabit.

Pihak Public Health Malaysia juga telah keluarkan satu lagi kenyataan berkenaan bantuan dari Dato Aliff Syukri

Alhamdulillah. Aliff Syukri Terlajak Laris ingin membantu. Buat masa ini, sumbangan kepada KKM diuruskan oleh pihak KSU KKM. Mohon pihak tuan untuk berhubung dengan KSU KKM. Dan juga jika ingin menyumbang terus, boleh gunakan akaun ini yang disediakan oleh pihak KKM

Sumbangan Perubatan KKM. 26601600023475 (RHB)

Terima kasih dermawan Aliff Syukri Terlajak Laris. Semoga murah rezeki dan business berkembang maju.

p/s: Kami bagi tips produk utk diniagakan secara online: Sabun basuh tangan atau hand sanitizer terlajak laris.

Sumber : GEMPAK / Public Health Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *