Ameng Spring Tetap Gembira Apabila Seseorang Itu ‘Transfer’ RM1 Pada Ketika Ini

Tidak ada siapa pun yang tidak terjejas sumber pendapatannya ketika musim pendemik ini termasuklah golongan selebriti tanah air.

Kerana itu juga penyanyi Ameng Spring sanggup menerima tawaran untuk membuat persembahan secara langsung menerusi Face book Artis Voice Of Legend (AVOL) yang menetapkan sumbangan hanya RM1 daripada peminat.

Bagaimanapun menurut Ameng atau nama sebenar, Wan Aminuddin Wan Ismail, 52, pendekatan tersebut ternyata mengubah kehidupan dan mengembalikan keceriaannya ketika PKP.

”Kehidupan saya berubah apabila menyertai AVOL. Selalunya waktu pagi tu termenung sahaja tak buat apa-apa, tetapi sek arang dah ada benda yang kena buat seperti mengiklankan program ini di Instagram.

“Program ini telah men gubah hidup dan buat saya kembali ceria, ” ujarnya kepada mStar.

Selain Ameng, AVOL turut menampilkan Fredo Flybaits, Jatt Ali, Ibnor Riza, Hasnol, Ramziela serta Salimah Mahmood.

Bercerita mengenai pendapatannya menerusi persembahan secara virtual itu, Ameng berkata dia berjaya memperoleh kutipan mencecah RM2, 000.

“Rasanya dalam satu hari tu boleh dapat sampai RM2, 000 lebih, tetapi bukan saya seorang sahaja yang dapat jumlah sebegitu.

“Dalam enam orang artis ni, boleh dikatakan jumlah collection kami hampir sama, sumbangan yang paling tinggi saya pernah dapat ialah RM500, ” katanya.

Isteri tak sangka Ameng (Spring) berjaya kuruskan badan, hilang 18 kg dalam tiga bulan – “Sejak PKP dia tekad jaga makan dan workout”

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nampaknya digunakan sepenuhnya oleh penyanyi Ameng (Spring) apabila dia kini muncul penampilan baharu yang lebih kurus.

Isterinya, Sabariah Zakariah, mengakui vokalis kumpulan Spring itu berjaya mengawal pemakanannya sehingga perubahan saiz badan kelihatan sangat drastik.Malah, Ameng juga kerap mengunjungi pusat kecergasan untuk melakukan senaman selepas kerajaan melonggarkan syarat PKP.

“Kita terinspirasi dengan perubahan Encik hubby (suami) kita. Siapa sangka kan… kita sendiri pun tak terjangka. Macam tak percaya saja.

“Sejak awal PKP 18 Mac sehingga sekarang Encik hubby nekad… kawal sendiri polar makanan dia. Tiga bulan pertama tak boleh ke gim sebab PKP.

“Tapi bila kerajaan umum gim dah boleh buka hingga sekarang Encik hubby tak pernah terlepas workout,” kata Sabariah.

Sabariah berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto perbezaan bentuk badan suaminya pada Februari lalu dan terkini di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Sabariah mengakui bukan mudah untuk dia mengikut langkah-langkah yang dibuat suaminya itu terutamanya dalam mengawal permakanan.

“Kita saja menyerah tapi perlahan-lahan juga kawal makan walaupun sekali-sekala bedal. Hubby selalu pesan, apa pun dalam kehidupan ini, tak perlu nak stres.

“Jangan ambil peduli. Bersyukurlah seadanya,” ujarnya.

Ameng mempunyai seorang anak lelaki bernama Wan Ahmad Haizal, 13 hasil perkahwinannya dengan Sabariah.

Kredit:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *