Amir Khan Dedahkan Cerita Sebenar Di Sebalik Duit Di Dalam Tepung

Baru-baru ini viral di media sosial, pelakon Bollywood terkenal, Amir Khan, dikatakan memberi sumbangan tepung gandum kepada golongan kurang berkemampuan.Lebih mengejutkan apabila di dalam 1 kilogram tepung gandum itu mengandungi wang sebanyak Rs 15,000 (RM855).

Tindakan tersebut ternyata berjaya menarik perhatian netizen dan ramai yang memuji kebijaksanaannya.

Wang di dalam tepung gandum

Posting viral ini mendakwa Aamir Khan menghantar sebuah trak untuk mengagihkan tepung gandum kepada fakir miskin di Delhi yang terjejas dengan penularan wabak.

Dia dikatakan dengan sengaja menyembunyikan wang di dalam tepung untuk memastikan sumbangan sampai kepada fakir miskin.

Walau bagaimanapun, Aamir Khan menerusi Twitter menafikan perkara tersebut dan memberi ‘hint’ seakan ada orang lain yang berbuat demikian.

Bukan saya – Aamir Khan

Kata pelakon 3 Idiots ini lagi, bukan dia yang menyembunyikan wang tersebut. Kisah tersebut sama ada palsu atau ‘Robin Hood’ tidak mahu mendedahkan siapa dirinya sebenar.

Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap jujur Aamir Khan menjelaskan khabar angin yang tersebar.

Sumber : Aamir Khan via OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *