Anak-anak Shuib Teruja Akhirnya Dapat Bersemuka Dengan Adik Baru Mereka

Pelawak terkenal, Shuib sebelum ini, memaklumkan dia akan melawat anak bongsunya, Ayash Affan di hospital. Difahamkan, pertemuan tersebut merupakan pertemuan pertama anak beranak ini dan Shuib menjelaskan anak bongsunya mempunyai iras seperti wajahnya.

‘Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka’

Terbaru, menerusi posting yang dimuat naik di Instagram Allahyarham Siti Sarah, memaparkan momen pertemuan empat beradik ini. Difahamkan, anak kepada pasangan ini iaitu Uwais, Talita, dan Matin begitu ‘teruja’ akan kehadiran adik bongsu mereka dan kerap bertanyakan akan keadaan Ayash Affan ketika dia berada di hospital.

Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita & Matin hari-hari tanya pasal Ayash. Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawa balik Ayash.

Pada masa yang sama, pengendali akaun Instagram Allahyarham Siti Sarah, turut mengucapakan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menitipkan doa buat keluarga ini.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yang mendoakan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.

Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah.

Video penuh:

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia 9 Ogos lalu, selepas ditidurkan dan bertarung nyawa melawan virus C0vid19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Siti Sarah Raisuddin Via OB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *