Anjing Lelaki Ini Dibaham Buaya, Apa Lelaki Ini Buat Pada Buaya Itu Memang Tak Masuk Akal

Jika ditanyakan kepada pemilik-pemilik haiwan peliharaan, pasti ramai yang mengaku menyayangi anak bulus mereka seperti anak sendiri.

Namun berapa ramai yang sanggup membahayakan nyawa demi menyelamatkan haiwan peliharaan mereka yang berada dalam bahaya?

Biasanya kita mendengar tentang kisah anjing menyelamatkan pemilik dari penjahat, tetapi berbeza pula kali ini di mana pemilik haiwan yang menyelamatkan anjingnya dari musuh.

aligator

Dalam sebuah video yang tular di Twitter, seorang lelaki dilihat muncul dari dalam tasik menarik sesuatu dengan sepenuh kekuatan.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi rengekan haiwan dan dapat dilihat lelaki tersebut sedang menarik seekor aligator dari muncungnya yang sedang mencengkam seekor anjing kecil.

Lelaki tersebut sedaya upaya cuba membuka mulut aligator yang masih muda itu sehingga anjingnya akhirnya terlepas dan berjaya melarikan diri. Lelaki itu kemudian dilihat cuba melepaskan tangannya dari aligator itu sebelum video tersebut tamat.

Menurut pengguna TikTok yang berkongsikan video itu, anjing dan lelaki berkenaan selamat berikutan kejadian yang berlaku di Florida itu.

Rakaman dari kamera pengawasan tersebut juga mengundang netizen untuk memberikan pelbagai komen menarik, ada yang berkata akan melakukan perkara yang sama untuk haiwan peliharaan mereka dan ada yang mengaku tidak sebegitu berani untuk lakukan apa yang lelaki itu buat.

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *