Anzalna Selamat Melahirkan Anak Kedua. Suami Anzalna Beritahu Sepatutnya Ada Perkara Lain Dibuat Tapi Rezeki Bersalin Hari Jumaat

Pelakon, Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya iaitu Hanif Zaki menerusi Instagram. Hanif juga telah memuat naik foto Anzalna dan bayi mereka.

Berkat hari Jumaat

Menerusi posting yang dimuat naik, Hanif meluahkan rasa syukur anak kedua mereka selamat dilahirkan.

Ujarnya, sepatutnya hari semalam Anzalna menjalani pemeriksaan terakhir.

Alhamdulillah berkat Jumaat. Anak kedua kami selamat dilahirkan hari ini. Hari ini sepatutnya kali terakhir Anzalna buat pemeriksaan, Allah work in a mysterious way.

Terdahulu, menerusi Insta Story Anzalna memohon maaf jika ada sebarang kesalahan yang dilakukan serta memohon doa urusan bersalin dipermudahkan.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Momahad Eidress kini berusia 2 tahun.

Selamat berpantang 🙂

Sumber: Hanif IG via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *