Aqilah Yang Terselamat Dari Jadi Mangsaa Ceritakan Perkara Sebenar Apa Yang Berlaku Sebelum Trag3di ‘Lemas’ Dalam Kereta

Polis telah selesai mengambil keterangan Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21, yang merupakan satu-satunya mangssa kera-cunan gas kar-bon mono-ksida yang terselamat dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Permatang Pauh dekat sini bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, proses itu dilakukan sejurus Nor Aqilah dibenarkan keluar dari wad di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur minggu lalu.

Menurut beliau, daripada keterangan yang diceritakan kepada pegawai penyiasat, Nor Aqilah memberitahu, dia dan tiga yang lain termasuk kembarnya berhenti di stesen minyak tersebut kerana letih dan lapar.

“Mereka sempat membeli makanan di kedai stesen minyak dan makan sebelum kesemuanya tertidur di dalam kenderaan yang enjin hidup dan cermin tertutup rapat.

“Nor Aqilah kemudiannya tidak tahu apa-apa lagi yang berlaku dan ketika sedar dia sudah berada di hospital iaitu kira-kira seminggu kemudian,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam kejadian 16 September lalu, Nor Aqilah terselamat dalam kejadian kera-cunan gas karbon monoksida di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh.

Bagaimanapun, kembarnya, Nor Adilah serta dua rakannya, Sharifa Fariesha Syed Fathi dan Ayunie Shazwanie Shabri yang kesemuanya berusia 21 tahun meninggal dunia akibat kejadian itu.

Sharifah Fariesha disahkan maaut di tempat kejadian manakala Ayunie Shazwanie mening-gal dunia ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini.

Nor Adilah pula mening-gal dunia ketika dirawat di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak.

Sementara itu, Shafee berkata, Nor Aqilah kini semakin pulih dan boleh menerima hakikat tentang kema-tian kembar dan rakan-rakannya itu.

Sumber : Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *