Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah rebah tiba-tiba ketika tampil pada program Wanita Hari Ini (WHI) yang ber siaran secara langsung di studi0 Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, tengah hari, hari ini.
Menerusi program yang mem bawakan topik Si Mulut Tempayan, Roslan yang sedang rancak berbual dengan hos iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana kemudian terbatuk-batuk sebelum jatuh dari kerusinya.
Dalam siaran lang sung tersebut, Roslan Shah atau mesra disapa Cik Lan dilihat sedang ditemu bual oleh dua pengacara iaitu Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana dengan topik bertajuk Si Mulut Tempayan.
Program itu dihentikan dengan siaran iklan sementara kaki tangan studio memberikan bantuan selanjutnya kepada Roslan.Roslan segera diberikan rawatan oleh doktor yang mendapati bacaan darahnya agak tinggi.
Suasana menjadi kecoh apabila Cik Lan yang baharu sahaja menjawab soalan daripada pengacara, Fatin Hamimah tiba-tiba dilihat batuk dan jatuh ter lungkup di atas meja kaca yang berada di hadapannya
Salah seorang pengacara WHI, Hawa Rizwana yang juga berada di lokasi kejadian ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia bersama rakan pengacara, Fatin terkejut dan tergamam selepas melihat cik Lan tiba-tiba pengsan.
“Saya dan juga Fatin sangat terkejut melihat cik Lan tiba-tiba rebah. Mujur ada kru produksi segera memberikan bantuan,” katanya.
Sewaktu diminta untuk menceritakan lebih lanjut keadaan selebriti kelahiran Singapura itu, Hawa bagaimanapun tidak dapat memberikan butiran lanjut dan meminta supaya menunggu kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pihak produksi WHI.
Roslan kemudian dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan.Turut tampil dalam program terbabit ialah Pegawai Psikologi (Kaunseling) Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Nurul Hidayah Mat Sarip.
Sehingga kini usaha untuk mendapatkan perkembangan daripada pihak Roslan masih tidak berjaya, panggilan telefonnya juga tidak terjawab.
Semalam selebriti serba boleh itu ada memuat naik hantaran dalam InstaStory miliknya memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan kurang sihat.
“Esok (semalam) sebelum masuk studio TV3 kena buat ujian calitan dan hantar malam mini (malam tadi) juga.“Walaupun kepala kurang sihat kena hujan sudah dua hari,” tulisnya.
VIDEO
SUMBER:KOSMO/HMETRO
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.