“Betulkah Anju (Zarina Anjoulie) yang ditahan polis sebab positif d4d.ah?”
Itu antara komen peminat pada sesi siaran langsung yang dibuat pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie di Instagram, malam ini.
Bagaimanapun, Zarina tidak menjawab soalan itu sebaliknya memaklumkan dia berada di rumah sejak semalam.
“Dari semalam memang di rumah,” katanya ringkas.
Sesi yang diikuti lebih 6,000 pengguna Instagram dalam tempoh kurang lima minit itu ditamatkan kerana Zarina mahu berdandan dan mencantikkan diri sebelum mahu bersiaran langsung sekali lagi.
Malah, Zarina secara berterus-terang juga mahu menggunakan kesempatan yang ada ketika namanya kembali tular untuk membuat ulasan produk di Instagram.
Siap Ambil Peluang Ketika Sedang Viral
“Alang-alang tengah ‘viral’, semua kecoh, baik buat IG (Instagram) ‘review’ dan bantu orang. Lagi berfaedah.
“Anda bagi saya masa 15 minit, bagi saya cantikkan rambut sekejap dan saya kembali lagi. Saya nak buat ‘live’ dengan kekasih juga nanti,” katanya.
Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan d4d.ah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.
“Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif d.4d.ah jenis m3thm.ph3ta.mine,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, suspek diberi jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta D4d.a.h Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kredit: HMetro