Menerusi Facebook page Kuantan, dua orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 dan 3 tahun dikhuatiri lemas di dalam Sungai Keratong apabila motosikal yang ditunggang oleh ibu mereka hilang kawalan.
Sama-sama kita doakan semoga dua beradik yang jatuh dari motor bersama ibunya selamat ditemui di Sungai Keratong. Ibunya selamat berpaut pada pagar, malangnya 2 orang anaknya berumur 7 dan 3 tahun jatuh ke sungai.
Menerusi video berdurasi 0:27 saat, kelihatan beberapa orang individu sedang mencari dua kanak-kanak yang terjatuh ke dalam sungai tersebut. Kedengaran juga suara seorang wanita yang sedang menangis di lokasi kejadian. Difahamkan, ibu kepada anak kecil tersebut selamat berpaut pada pagar manakala, anaknya terjatuh semasa kejadian tersebut berlaku.
Masih ada jambatan gantung?
Allahu, semoga selamat anak kakak ni. Air pula warna keruh. Semoga ahli keluarga kakak ni tabah.
Masih ada lagi jambatan gantung, patut dah ganti jambatan konkrit.Semoga kedua anaknya selamat. Ya Allah berikan keajaiban Ya Allah di bulan puasa ni.
Di ruangan komen, rata-rata netizen berdoa agar anak wanita tersebut berjaya ditemui dalam keadaan yang selamat. Tambah netizen, mereka musykil dan mempersoal mengenai jambatan gantung yang masih wujud di kawasan tersebut sedangkan ianya perlu digantikan dengan jambatan konkrit.
VIDEO
Sumber: Kuantan Via OhBulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: