Asif Muntahh Dalam Kereta Syahmi, Ini Yang Syahmi Suruh Asif Pakai Selepas Itu (Video)

Siapa yang tak kenal Syahmi Sazli, Asif dan Yoe Parey? Rasa kalau pergi mana mana pun mesti susah kita nak jumpa yang tidak kenal pada mereka bertiga ini.

Asif dan Yoe Parey adalah antara insan istimewa yang telah dibimbing dan dikembangkan bakat mereka oleh Syahmi Sazli.

Pengarah Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli ini dahulu tiada siapa yang mengenali beliau tetapi kini diatas usaha beliau sendiri nama dia bukan biasa biasa sekarang ini.

Pergi Bercuti ..

Baru baru ini Syahmi Sazli telah membawa keluarga dan staff beliau untuk pergi bercuti. Syahmi telah memilih lokasi Sugeh Resort yang dimiliki oleh Dato Aliff Syukri untuk destinasi pertama.

Yoe Parey sedihnya tidak dapat ikut sekali. Menurut Syahmi, Yoe berada dalam keadaan tidak sihat waktu itu. Semoga Yoe Parey cepat sembuh deh ..

Selepas berada disitu mereka telah pergi bercuti ke Cameron Highlands, Pahang. Disini ada kejadian yang melucukan telah terjadi.

Semua sedia maklum bahawa jalan untuk ke Cameron Highlands memang bersimpang siur.

Kepada yang tidak biasa sudah pasti akan merasa loya dan pening dan boleh buat anda muntah. Ini yang terjadi kepada Asif.

Asif telah muntah di dalam kereta Syahmi. Memang banyak muntah asih ni, hehe!

Syahmi memberitahu Asif memang susah nak beritahu orang kalau apa apa nak terjadi. Sebelum ini Asif pernah sekali terbuang air besar di dalam kereta sebab tidak beritahu yang dia sedang sakit perut.

“Hahahaha Asif Asif.. Nak apa-apa tak pernah nak oyak (bagitahu). Haritu pernah berak dalam kereta Mi. Ni muntah pulak. Nak marah pun tak jadi lepas tengok muko lawak dia” – Syahmi Sazli

Memang nak marah pun tak boleh, dan rata rata respect dengan Syahmi Sazli kerana bersikap sabar dan tenang.

PAKAI BEG PLASTIK TERUS SANGKUT KAT MUKA, HEHE!

Yang kelakar apa terjadi selepas itu. Syahmi telah suruh Asif pakai plastik di muka jadi tidak perlu bagitahu dah. Kalau nak muntah terus masuk plastik. Hehe!

Masih Mampu Tersenyum, Tindakan Nissa Cuci Muntah Asif Raih Pujian

Benarlah, reaksi seseorang terhadap ujian akan mengangkat martabatnya. Itulah yang dapat kita lihat daripada tindakan Anissa Faizul, isteri kepada Syahmi Sazli yang tidak kekok membersihkan muntah adik iparnya di dalam kereta.

Menggunakan plastik sebagai sarung tangan, wanita itu mengelap muntah dengan tisu dan menyiramnya menggunakan sedikit air sementara Asif menunggu di luar.

Video tersebut telah mendapat lebih 10 ribu tanda suka dan lebih 500 komen di mana rata-rata warganet memuji tindakan Nissa.

Kagum, sebab tu pasangan ni murah rezeki

Tak tutup hidung dan mulut pun, memang tabik lah

Video Penuh Kejadian Asif ..

Artikel By: AwattSyeikhhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *