Menantu PM, Jovian Tampil Beri Penjelasan Setelah Dikatakan Guna Helikopter Aset Kerajaan Untuk Keluar Dari Kawasan Banjir

Menantu kepada Per dana Menteri Malaysia, Datuk Seri Is mail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Man dagie menafikan dirinya meng gunakan helikopter milik ke rajaan untuk kegunaan peribadi bagi menyelamatkan diri dari pada terkandas akibat banjir.

Menerusi hantaran di Instagram ra sminya, Jovian yang juga pereka fesyen terkenal men egaskan, dia tidak akan sesekali meng gunakan harta benda yang bukan miliknya selain menganggap tuduhan terbabit satu fitnah.

“Isu helikopter, tak perlu dipanjangkan. Bukan nak me nunjuk, kalau nak menunjuk saya dah ‘posing’ dan buat video serta bergambar sakan.

“Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan seperti itu. Saya tak guna aset kerajaan, Lillahi Taala. Tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya.

“Kalian nak maki hamun saya silakan, tapi itu adalah fitnah. Ke napa tak guna helikopter untuk bantu orang ramai? Jawapannya, itu adalah helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” tulisnya dalam perkongsian itu.

Dalam pada itu, Jovian turut memberi penjelasan berhubung pertikaian di media sosial apabila pasukan bantuannya tidak menggunakan helikopter tersebut bagi membantu mangsa banjir.

“Kenapa tak guna helikopter nak bantu orang ramai? Pasal itu helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu and turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Jovian turut menjawab persoalan mengapa dia secara tiba-tiba me nawarkan bantuan kepada mangsa banjir ekoran isu helikopter menjadi tular.

“Saya tiba-tiba buat bantuan setelah kena viral di Twitter? Saya ba ntu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang, dan ikhlas!” katanya yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti kebajikan yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Jovian lagi, jika kehadirannya menimbulkan rasa kurang senang kepada segelintir pihak, dia berharap individu terbabit boleh berhenti mengikuti perkembangannya di media sosial.

“Kalau awak tak suka saya, jangan ikuti saja (di media sosial). Lebih baik bantu negara daripada terus menghentam perkara yang tidak betul terhadap saya.

“Terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan untuk mem bantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak sertai turun padang agihkan makanan ‘roger’ saya,” katanya.

Terdahulu, Jovian berkongsi satu story di laman instagram menunjukkan dirinya terkandas akibat banjir dan tidak dapat pulang bertemu dengan isteri dan anak perempuannya.

Perkongsian satu lagi story lain menunjukkan pemandangan dari udara yang menyaksikan lokasi terjejas akibat banjir bagaimanapun telah dipadamkan.

Segelintir netizen menyifatkan perkongsian Jovian yang me maparkan beliau menggunakan helikopter tidak sensitif dengan kesengsaraan yang menimpa mangsa banjir sehingga ada yang terkandas di dalam kenderaan dan terpaksa berada di atas bumbung bagi mencari perlindungan.

SUMBER:Metro/Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *