TEMPOH singkat untuk bergelar ibu bapa sudah pasti pengalaman yang cukup berharga bagi penyanyi Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhamad.
SUDAH suratan takdir, penyanyi Azmi Saat hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas bayi sulungnya yang dilahirkan Isnin lalu meninggal dunia pada pukul 1.19 tengah hari, Khamis.
Walaupun hanya tiga hari, Azmi yang juga vokalis Caliph Buskers itu reda dengan ketentuan Allah apabila zuriat yang ditunggu-tunggu sejak 10 tahun meninggal dunia pada pukul 1.19 tengah hari khamis.
Ketika ditemui mStar, Azmi berkata sejak anak yang diberi nama Khairul Afnan dilahirkan secara pembedahan pada Isnin lalu, mereka sudah dimaklumkan tentang masalah dialami bayi tersebut.
“Doktor bagi kami pegang sekejap, lepas itu terus dipantau.
“Semakin lama keadaannya semakin menurun, dia tak bergerak dan perlukan bantuan alat pernafasan,” katanya kepada mStar.
Khairul Afnan meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat kegagalan fungsi otak.
VIDEO:
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.