Azri Iskandar Akhirnya Bersuara Tentang Perceraian Dengan Ellie Suriaty

Perceraian merupakan jalan dan langkah terakhir bagi menyelesaikan masalah rumahtangga. Baik dikeratan akhbar mahupun di media sosial. Semuanya tak lekang dengan berita dan perk0ngsian mengenai masalah yang ber laku kepada sesebuah keluarga.

Pelakon Azri Iskandar mengesahkan sudah menceraikan isterinya yang juga pelakon, Ellie Suriaty pada Selasa.

Kata Azri, perpisahan itu disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka selepas 19 tahun bersama.

“Ya betul… saya dah ceraikan Ellie dengan talak 1 tadi. Kami dah tak sehaluan.. tapi tidak bergaduh pun.

“Kami tetap bersahabat baik seperti saudara kerana Ellie ialah ibu kepada dua orang cahaya mata kami,” katanya kepada Gempak.

Enggan mengeruhkan keadaan, Azri memohon doa agar kehidupan mereka yang kini sudah berasingan diberikan ketenangan.

“Maafkan saya sekarang, saya tak nak komen lagi. Tiada apa yang nak dikatakan lagi cuma doakan kami tenang dan damai sekarang.

“Harap maklum dan mengerti.. saya nak berehat…nanti sampai waktu yang sesuai saya akan bercerita,” tambahnya.

Media melaporkan pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sepanjang per kongsian hidup bersama, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

SUMBER:GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *