K3M4tia.n disebabkan oleh wabak C0vld bertali arus. Malah setiap hari, ratusan pesakit kehilangan nyawa akhir-akhir ini.
Dalam situasi pandemik dan peningkatan kes k3ma.tian, penggali kubur memainkan peranan penting sebagai petugas barisan hadapan tidak kira siang dan malam dalam melicinkan proses penge.bumian man.gsa C0vld.
Biarpun terdedah dengan risiko anca.man wa.bak itu, tugas sebagai penggali kubur dan nawaitu menu.naikan fardu kifayah tetap diteruskan buat mereka.
Justeru, bagi menghargai budi dan ba.kti yang dicurahkan, seorang penggali kubur, Roslee Ali, 63, dianugerahkan sebagai Tokoh Frontliner Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.
Beliau yang menjadi penggali kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak dipilih atas sumbangannya dalam urusan pengebumian jenazah C0vld sejak pandemik melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari.
Anugerah tersebut diberikan kepada Roslee itu atas sumbangan dan jasa baktinya sejak 10 tahun yang lalu. Selain itu, difahamkan beliau juga terlibat dalam urusan pemindahan j3nazah Tanah Perkuburan Islam yang tidak meghadap kiblat.
Bagai hero tidak didendang, tugas penggali kubur jenazah C0vld sebenarnya terdedah pelbagai risiko sekiranya tidak dilakukan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang betul.
Berdasarkan kajian saintifik dan laporan forensik hasil post mortem membuktikan bahawa bendalir yang keluar daripada jenazah C0vld berpotensi kebolehjangkitan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan tatacara khas bagi pengendalian jenazah untuk membendung penularan C0vld.
Bagi jenazah Islam perlu diuruskan dengan hanya melakukan tayammum di atas permukaan luar beg tanpa perlu dimandikan.
Pengendali jenazah diwajibkan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) dan mencuci tangan selepas melakukan tayammum untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan.
Bilangan individu yang menunaikan solat jenazah dihadkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan pihak KKM. Hanya ahli keluarga terdekat dinasihatkan hadir pada pengebumian dan dikehendaki segera meninggalkan tanah perkuburan sebaik sahaja urusan pengebumian selesai.
Penggali kubur terkejut dipilih Tokoh Ma’al Hijrah, tak hadir terima anugerah bimbang sebar wabak – “Setiap hari saya pegang, peluk jenazah”
Bagaimanapun Roslee tidak dapat menghadirkan diri bagi mengambil sendiri anugerah diberikan kerana merasakan dirinya berisiko terhadap orang lain memandangkan dia sering menguruskan jenazah C0vld setiap hari.
“Ketika mendapat panggilan diberitahu tentang anugerah yang bakal diterima, saya memang terkejut namun berasa terharu kerana usaha dan sumbangan selama ini mendapat perhatian.
“Rasa tidak percaya pun ada tetapi Alhamdulillah atas penghargaan yang diberikan.Sejujurnya ini bukan kemenangan saya seorang tetapi ia mewakili seluruh barisan hadapan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, khariah masjid, sukarelawan, serta semua penggali kubur yang ada… ini adalah kemenangan untuk semua,” katanya.
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, KKM Via SinarPlus
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.