Alhamdullilah, Elfira Loy Selamat Lahirkan Bayi Yang Sangat Comel. Ini Update Daripada Adik Elfira Sendiri

PELAKON Elfira Loy selamat melahirkan bayi lelaki pada Selasa di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu.

Sementara itu, adik kepada Elfira iaitu Nurul Ezlisa Loy memuat naik paparan skrin membuat panggilan video bersama anak buahnya di Insta story.

Malah, Ezlisa turut menulis kapsyen he is cute sekaligus menjawab teka-teki mengenai jantina bayi Elfira.

Dalam pada itu, ruangan komen pada foto yang memaparkan suaminya, Faris Khairol Anwar bersama bayi mereka dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat termasuk rakan selebriti.

“Alolo… tadi datang sana El dalam labour room pula. Congrats mummy El.

“Yeay! Alhamdulillah. Selamat berpantang mummy.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah adik,” tulis netizen.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *