Bekas Suami Fatin Afeefa Mahu Fatin Hubungi Dia Segera Jika Fatin Tidak Mahu Aib Terbuka. Rupanya Ini Sebab Sebenar Kenapa Adam Shahz Cakap Demikian

PELAKON Adam Shahz meminta bekas isterinya iaitu Fatin Afeefa mengubunginya segera bagi menyelesaikan isu penjagaan anak mereka iaitu Ivery Herra Sophia.

Kata Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, jika permintaannya itu tidak dipenuhi, dia akan membawa kes ini ke mahkamah.

Gila bayang? Saya tak cemburu pun dia nak kahwin - Adam Shahz - Utusan Malaysia

“Saya memang tidak akan berdiam diri kerana apa yang saya lakukan ini semuanya adalah untuk menuntut hak keadilan dan maruah…

Lagipun selagi pihak sebelah sana mendiamkan diri jadi selagi itu saya akan tetap teruskan lantang di media sosial.

“Saya akan tetap bawa kes ini kepada pihak mahkamah dan biar mereka yang selesaikan lagipun saya tak kisah sekiranya sanggup habiskan duit janji saya dapat tuntut hak penjagaan dan dapat bertemu dengan anak saya.

“Kalau dia saksikan video ini satu je saya nak pesan, tolong jumpa dan hubungi saya… saya tak mahu orang tengah yang selesaikan isu rumah tangga kita, jangan sampai saya buka aib satu persatu tu okay,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adam memberi amaran sebarang bentuk komen berbaur negatif atau fitnah oleh netizen akan di bawa kemuka pengadilan.

“Saya memang sengaja tidak memadam komen di media sosial walaupun ramai yang beri komen negatif, semuanya itu akan saya kumpul dan tunggu saja surat saman daripada saya.” luahnya.

Video:

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *