Bergaya Dengan Kereta Mewah Berwarna Merah, Aeril Zafrel ‘Warning’ Jangan Tag SPRM Dan Ini Sebabnya

Aktor kacak Aeril Zafrel mencuri perhatian wargamaya apabila tampil bergambar dengan sebuah kereta mewah berwarna merah. Menerusi laman sosial Instagram, Aeril memuat naik foto dengan kereta mewah bernombor plat JAL9 tersebut untuk tatapan umum.

“Daniel #terciptasatuikatan. Ni kereta pinjam je tau, jangan tag SPRM. Kau la siapa lagi,” tulis Aeril menerusi ruangan kapsyen.

Difahamkan Aeril kini sedang menjalani sebuah penggambaran sebuah drama bersama pelakon Hannah Delisha untuk saluran Astro MegaDrama.

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat foto Aeril tersebut serta kapsyen yang ditulisnya.

“Haa tahu pun takut,” usik seorang wargamaya.

“Ala baru nak tag, dah kena warning,” kata seorang wargamaya.

“Kalau kereta sendiri pun apa salahnya kalau rezeki halal,” komen seorang wargamaya.

“Sedas padu dia punya kapsyen,” tulis seorang wargamaya.

“Dah pinjam pulangkan, jangan buat harta pulak,” ujar seorang wargamaya lagi.

Beberapa hari yang lalu, kereta mewah jenis Ford Mustang milik Aeril dan isterinya pelakon Wawa Zainal telah meraih tumpuan ramai.

Hal ini berikutan pihak SPRM telah menyita 24 kereta mewah di mana salah satunya didakwa milik seorang selebriti popular yang berkait rapat dengan siasatan terhadap kes pengubahan wang haram dan sindiket Macau Scam.

AERIL ZAFREL KENA TEGUR ‘TAK TAKUT SPRM KE SELALU TUNJUK KAYA’. INI JAWAPAN SELAMBER AERIL

MInggu ni kecoh di media sosial tentang SPRM tahan instafamous dan selebriti yang dikaitkan dengan pengubalan wang haram.

Shuib sepahtu juga ada terlibat sekali dalam siasatan pihak SPRM. Disebabkan kes masih dalam siasatan Shuib tidak dapat keluarkan apa apa kenyataan.Netizen macam biasa akan buat bermacam macam spekulasi dan ianya berpunca sebelum ini Shuib seperti selalu menunjukkan kemewahan seperti kereta dan jam tangan.

Aeril Ditegur Pasal SPRM

Aeril Zafrel pun antara selebriti yang ada menunjukkan kemewahan. Oleh hal yang demikian, pelakon kacak Aeril Zafrel telah dinasihati oleh warganet agar tidak terlalu menayang kekayaan di Instagram bimbang menjadi salah seorang yang dipanggil oleh pihak berkuasa.Ini susulan daripada muat naik Aeril yang memperlihatkan pejabat urusan Wawa Cosmetics serta kereta mewah milik pasangan selebriti tersebut.

Ada netizen yang tanya tentang SPRM kepada Aeril Zafrel dan ini jawapan dia .. memang kelakar.

Kami percaya kamu Halalan Toyiban
Walau bagaimanapun, kebanyakkan netizen mempercayai bahawa pasangan ini menggunakan saluran yang betul dalam perniagaan kosmetik mereka sehingga mampu meraih pendapatan yang besar.

Mereka juga mengakui terinspirasi dengan pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dan mendoakan mereka kekal berbahagia hingga ke Jannah.

Sumber: Aeril Zafrel/Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *