Isteri pengarah dan penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail sebelum ini memberi sokongan secara terbuka kepada menantunya, Puteri Sarah Liyana selepas suaminya, Syamsul memfailkan nusyuz terhadapnya.
Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat individu bertindak berani mengkritik Patimah sebagai seorang ibu yang ‘derhaka’ kepada anaknya, Syamsul kerana sanggup melihat anaknya teraniaya.
Individu tersebut meninggalkan komen di sebuah pautan portal berita hiburan yang melaporkan mengenai sokongan ibu mentua terhadap Puteri Sarah.
“Malangnya Syamsul dapat ibu macam ni.. Inilah namanya ibu derhaka kepada anak.. Anak susah tak tolong, ada ke ibu macam ni di dunia? Memang mak Syamsul betul ke atau mak tiri,” komen individu berkenaan.
Tidak berdiam diri, Patimah tampil membidas komen tersebut dengan meluahkan rasa berang terhadap individu mulut celupar itu.
“Kalau awak jadi ibu, nak ke tengok anak awak sesat ke neraka? Saya bukan seorang ibu yang baik kalau menyokong anak buat salah dan aniaya isteri yang melahirkan cucu-cucu saya?
“Mungkin awak bapa kepada penyondol yang tak pernah bagi nasihat yang baik!,” selarnya.
Sebelum ini, konflik rumah tangga antara pasangan pelakon, Syamsul dan Puteri Sarah semakin tegang selepas pengarah itu mendakwa isterinya mempunyai hubungan dengan bekas kekasih.
Puteri Sarah membidas dakwaan tersebut dan mengingatkan Syamsul bersama isteri keduanya, Ira Kazar yang didakwa di bawah kes persetubuhan di luar nikah.
Sumber : XTRA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.