Penganjuran rumah terbuka telah menjadi amalan sejak zaman datuk dan nenek moyang kita. Rumah terbuka adalah acara tidak kira kecil atau besar untuk menyambut hari perayaan dan semua lapisan masyarakat dijemput untuk hadir.
Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian kaum dan perayaan yang banyak sudah sinonim dengan aktiviti rumah terbuka. Perayaan utama di Malaysia seperti hari raya, tahun baru Cina dan Deepavali akan disemarakkan dengan aktiviti kunjung mengunjung rumah terbuka dan menjadi antara acara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat di Malaysia amnya.
Keseronokan dan kebaikan yang diperoleh semua golongan menjadikan amalan rumah terbuka tidak pernah lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.Saat menjelang Aidilfitri, pasti banyak jemputan ke rumah ter buka untuk menziarahi keluarga dan sahabat handai demi mengeratkan lagi silaturrahim.
Justeru, tentu tuan rumah berhempas pulas memasak dan mengemas rumah, teruja untuk menyambut tetamu.
“Air mata di sebalik senyuman”
Berbeza dengan seorang lelaki ini, yang kecewa ketika segala usahanya dalam persiapan menyambut kawan-kawan rupanya hanya sekadar harapan kosong.
Video perkongsian @aiqal di Tkt0k menunjuk kan rakannya yang hanya tersenyum tawar melihat lambakan makanan yang disediakan, saat kawan-kawan yang lain menmbatalkan kedatangan ke rumahnya.
“Kalau kawan saya buat macamni, kitorang takkan jumpa lagi”
Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen simpati dengan nasib lelaki tersebut yang telah bersusah payah memasak, namun di ‘scam’ rakan-rakan sendiri.
Dalam pada itu, ramai yang turut berkongsi kisah sama, pernah diabaikan kawan-kawan yang tiba-tiba membatalkan kedatangan ke rumah terbuka yang dijalankan.
Antara kebaikan amalan rumah terbuka adalah ia membantu mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan sesama masyarakat. Hal ini kerana, semua ahli masyarakat bebas untuk menyertai rumah terbuka tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan etnik. Selain di sekolah, aktiviti rumah terbuka ini dapat mengumpulkan semua golongan dalam satu acara di mana kita dapat mengenali antara satu sama lain dan bersama-sama bergembira menyambut perayaan yang dirai.
SUMBER:aiqal/Redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.