Bob Lokman Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat Yang Mulia, Puncanya Diberitahu

Bob Lokman meninggal dunia .Perginya pejuang seni, Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini.

Penulis lirik dan pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, meninggal dunia akibat penyakit jantung yang sekian lama dideritai, kira-kira 1 tengah hari ini.

Difahamkan, Bob atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman menghembuskan nafas terakhir di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

Moga Allah rahmati dan kurniakan keampunan buat beliau dan golongkan beliau di kalangan solihin.

“Masalah buah pinggan ini pun dah lama saya alami, tapi saya terlepas pandang merujuk kepada doktor pakar semula. Selama ini, saya sering jumpa doktor pakar jantung, paru-paru, darah dan kencing manis tapi, lupa pula pakar buah pinggang sampai dah ia dah teruk.

“Apapun, ini adalah ujian hidup saya dan reda menerimanya. Sekarang, saya harus melatih diri minum 500 mililiter air untuk tempoh 24 jam. Saya tak boleh minum banyak kerana buah pinggang tak boleh proses air keluar,” katanya kepada Harian.Metr0.

Tidak tahu sehingga bila dia akan dirawat di ICU dan seterusnya berada di hospital itu, Bob berkata dia menyerahkan segala rawatan kepada doktor selain terus berdoa memohon kesembuhan daripada Allah SWT.

“Mohon doakan saya kembali sihat semula. Semoga air berlebihan dalam badan saya ini dapat terus dikeluarkan lagi. Semalam pun saya timbang, berat 132 kilogram dan itu berat air. Sebelum ini, doktor pernah cakap kalau berat saya naik jadi 111 kilogram dan lebih, itu maknanya berat air dan buah pinggang bermasalah,” katanya.

Terdahulu, Bob berhadapan masalah jantung dan dia pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah pada Disember 2020 lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *