Boss Mydin Pergi Thailand Untuk Cari Ayam

SUSULAN isu kekurangan bekalan ayam segar, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin sanggup ‘turun’ ke Don Mueang, Thailand untuk mencari pembekal yang didakwa menawarkan harga lebih murah.

Menerusi ciapan di Twitternya, Ameer memaklumkan tindakan itu dilakukan untuk memastikan bekalan ayam di MYDIN mencukupi selain mampu menawarkan harga diskaun kepada pelanggannya.

“Saya ke Don Mueang, Thailand sekejap cari bekalan ayam. Katanya kos kat sana lebih murah, betul ke?

“Guna syarikat penerbangan murah terbaik dunia @airasia @tonyfernandes kos flight rendah jadi tak membazir dan duit lebih tu boleh bagi diskaun lebih kat pelanggan MYDIN,” katanya.

Pada masa ini, isu kekurangan ayam segar di pasaran masih lagi membelenggu rakyat Malaysia terutamanya kepada penjual dan pengguna.

Media melaporkan, kekurangan bekalan ayam segar menyebabkan kebanyakan peniaga ayam di beberapa negeri kehabisan stok dan terpaksa menutup awal perniagaan mereka.

Di beberapa negeri, peniaga terpaksa mencatu jumlah ayam untuk dijual kepada pelanggan disebabkan masalah sama.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti eksport 3.6 juta ekor ayam akan dihentikan mulai 1 Jun ini sehingga harga ayam dan pengeluaran dalam negara stabil.

Ia sebagai langkah jangka pendek mengatasi isu bekalan serta harga ayam.

Sumber – Malaysiapost

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *