Kerana ‘Kantoi’ Perkara Ini, Dia Terpaksa Batalkan Akad Nikah Dia Bersama Seorang Ustaz

Seorang gadis jelita di Indonesia meraih simpati pengguna media sosial apabila berkongsi kisah dirinya yang hampir berkahwin dengan seorang ustaz di kota suci Mekah tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Menurut portal berita Suara.com, rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @milkiyahamira mendedahkan gadis tersebut membatalkan perkahwinannya selepas mengetahui bakal suaminya sudah beristeri.

“Saya pernah dilamar oleh seorang ulama tersohor dari Batam dan kami sepatutnya bernikah. Namun, tiga bulan sebelum majlis pernikahan, saya nekad membatalkan perkahwinan kami.

“Dia merayu-rayu agar saya mengubah fikiran sehingga sanggup mencium kaki saya tetapi saya tidak boleh menerima kenyataan ditipu untuk menjadi isteri kedua,” tulis keterangan video itu.

Tambah gadis itu, dia tidak sanggup bermadu dan bukanlah seseorang yang mahu membina rumah tangga dengan merampas suami orang.

Keputusan tegas gadis itu mendapat pujian netizen yang percaya jodohnya pasti lebih baik daripada suami orang.

“Anda sangat luar biasa kerana memilih untuk tidak saling menyakiti kaum hawa. Pasti ada jodoh lebih baik menanti,” komen seorang pengguna TikTok.

“Anda cantik dan memiliki keperibadian yang bagus. Jodohnya juga harus orang yang baik-baik tanpa perlu berebut,” tulis seorang lagi.

Sumber : Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *