Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor tampil memberi respon berhubung tular satu trend di mana terdapat beberapa individu menunaikan solat fardhu tetapi diimamkan atau dimakmumkan oleh alatan elektronik berupa kipas.
Menurut Mufti Pulau Pinang, perkara berkenaan jelas menunjukkan bahawa pelaku itu jahil dari segi agama dan sengaja untuk mempersendakan Islam. Susulan daripada itu, ia boleh merosakkan akidah seseorang.
Trend Kipas Jadi Makmum, Mufti Pulau Pinang Beri Respon – ‘Kalau Niat Persendakan Agama Dikira Murtad’
Malah, perkara terbabit dianggap sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam dan hukumnya dosa besar serta perlu diadili di mahkamah syariah.
Rasanya isu ini tidak perlu komen banyak, sudah jelas pelakunya sama ada jahil atau tidak siuman. Jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat, maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.
Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim.
Perlu diadili di mahkamah syariah
Dalam pada itu, dia turut berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara terbabit dengan kadar segera.
Saya harap pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak selaras dengan hasil siasatan.
Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah, maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada.
Sumber : Sinar Harian via Oh Bulan