TIADA angin tiada ribut tiba-tiba sahaja penyanyi rap Caprice selamat mendirikan rumah tangga pada Isnin.
Bagaimanapun identiti wanita bertuah itu masih menjadi tanda tanya.
Menerusi sekeping foto yang dikongsikan di Instastory seorang individu bernama Yasser Khan, Caprice atau Ariz Ramli, 33, serta pasangannya segak dan menawan mengenakan persalinan berwarna putih.
Perkongsian berkenaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi Azira Shafinaz.
Bagaimanapun pengurus Caprice yang dikenali sebagai Aiman ketika dihubungi mStar tidak dapat mengesahkan tentang berita berkenaan.
“Saya pun dapat info agak lambat, saya tak berani nak sahkan betul atau tidak.
“Tapi kalau dah ada orang kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu,” katanya kepada mStar.
Ditanya tentang identiti wanita berkenaan, Aiman bagaimana enggan berkongsi nama mahupun maklumat terperinci.
“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya.
“Apa yang saya tahu Caprice berkenalan dengan wanita itu dah hampir setahun.
“Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la (berkahwin) kalau dia respost,” katanya.
Usaha mStar untuk mendapatkan komen Caprice masih belum berhasil apabila dia tidak menjawab mesej dan panggilan telefon.
Caprice dah tinggalkan tanda tapi kita je lalai
Jika anda pergi ke instagram Caprice, tiada apa apa update terbaru yang telah dimuat naik kerana caprice sekarang aktif di Facebook.
Pada 10 November lepas Caprice ada memuat naik beberapa keping gambar berukukuran passport.
Ramai yang tinggalkan komen bahawa betul ke Caprice akan bertanding dalam PRN Melaka. Kenyataan hanya sekadar gurauan.
Rupa rupanya gambar gambar ukuran passport sangat sesuai untuk kad nikah.
Caprice turut meninggalkan kapsyen ‘Misi mencari jodoh’. Waktu itu tiada siapa yang dapat teka bahawa Caprice akan menamatkan zaman bujang beliau.
Semalam pula caprice memuat naik 1 video seperti sedang memilih cincin dan kelihatan seorang wanita berada di sebelah caprice.
Sumber : MSTAR ONLINE