Caprice Suruh Sharnaaz Ahmad Fikir Baik Baik Sebelum ‘Menganjing’. Sekali Sharnaaz Respond Balik

Gelagat pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan rakan baiknya, Shukri Yahaya ketika membuat video live di laman sosial Instagram seringkali menjadi perhatian netizen.

Sebelum ini video live mereka berdua bersama dua lagi pelakon iaitu Zizan Razak dan Hairul Azreen menarik perhatian apabila mereka dengan bersahaja ‘berbincang’ mengenai isu viral membabitkan penyanyi Rap Malaysia dan beberapa individu lain.

Terbaru, live IG Sharnaaz dan Shukri sekali lagi menjadi tumpuan apabila mereka ‘berseloroh’ seakan memerli seorang penyanyi Rap Malaysia yang baru pulang dari Mesir.

‘Bang bang bang, keychain’

Berdasarkan sedutan video dari IG live tersebut, memaparkan Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sedang berbual-bual dan dalam masa yang sama, mereka berdua mencuba beberapa filter di IG.

Tetapi apa yang menarik perhatian adalah filter ‘serban’ yang digunakan Sharnaaz sambil berlatar belakangkan gambar padang pasir seolah-olah berada di Mesir.

Shukri Yahaya tidak dapat menahan diri dari ketawa sebaik sahaja melihat Shaarnaz memakai filter tersebut.

Tidak terhenti di situ, Shukri kononnya bertanya keberadaan rakannya itu dan dengan spontannya Sharnaaz menjawab dia berada di Jordan.

Saya baru balik. Tadi ada orang kirim keychain sama saya. Mana keychain. Saya sudah bawa keychain ni. I want to give you my keychain. Bang bang bang, keychain.

Sementara di ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat aksi spontan mereka berdua.

Bahkan netizen juga sudah dapat agak siapakah individu yang dimaksudkan Sharnaaz dan Shukri.

Namun tidak lama selepas, Shukri yang masih menahan ketawa meminta Sharnaaz menukar kepada filter lain.

Sharnaaz kelihatan langsung tidak membantah dan hanya menuruti sahaja kata rakan baiknya itu.

Sementara di IG, Caprice telah memberi respon berhubung video live tersebut.

“Dari jauh je berani sotong see u when i see u, Sharnaaz Ahmad” – Caprice

Sharnaaz Ahmad respond pada posting Caprice

Selepas Caprice memberitahu Sharnaaz Ahmad untuk fikir baik baik sebelum berkata kata tentang diri dia tidak lama kemudian Shaarnaz Ahmad pula respond.

Sharnaaz siap jemput Caprice sekiranya betul dia berhajat untuk berjumpa tetapi menurut Sharnaaz nombor telefon beliau di whatsapp telah diblock oleh caprice.

Sumber : Ohbulan / Sharnaaz Ahmad / Caprice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *