Chacha Maembong Naik Angin Apabila Dikatakan Buat Bisnes Pakai Duit MacauScam, Dia Jelaskan Hubungannya Dengan Datin Alya

Pelakon Chacha Maembong akhirnya membuka mulut selepas beberapa hari namanya hangat terseret sama dalam ‘plot cerita’ Macau Scam yang membabitkan beberapa artis di Malaysia.

Melalui kenyataan yang diberi di akaun Instagramnya, @chacha_maembong, gadis itu memberi penjelasan tentang hubungannya dengan individu kononnya berpangkat Datuk dan wanita bernama ‘Datin Alya’ serta kaitannya dengan aktiviti Macau Scam serta perjudian Online.

Menurut Chacha, segala pertuduhan yang dikeluarkan oleh orang tidak bertanggungjawab di media sosial sejak beberapa hari lalu adalah sebuah fitnah buat dirinya.

Dia juga tak teragak agak untuk mengambil tindakan guaman kerana reputasi dan perniagaannya terjejas.

Adik Emma Maembong itu mengatakan akibat daripada fitnah tak bertanggungjawab itu, reputasi serta perniagaan Elysyle Cmsecrets yang dijalankan terjejas.

“Baru baru ini saya telah mendapat tahu bahawa terdapat beberapa individu dalam media sosial yang mengeluarkan kenyataan fitnah dan tidak benar terhadap saya.

“Bahawa saya memulakan perniagaan kononnya dengan dana yang diperolehi daripada individu yang kononnya dikenali sebagai Dato Zaidi Kanapiah dan saya terlibat dalam aktiviti Macam Scam dan juga perjudian online.

“Akibat daripada kenyataan yang dibuat beberapa penama ini, saya telah mendapat kecaman di media sosial dan ini telah menjejaskan reputasi saya dan menjejaskan perniagaan saya,” tulis Chacha di Instagramnya beberapa jam tadi.

Di kenyataan yang sama, pelakon itu turut menjelaskan tuduhan dirinya berkawan baik dengan individu dikenali sebagai Datin Alya selepas ada pihak yang menyebarkan foto mereka bersama.

“Gambar yang telah tular di media sosial adalah gambar yang diambil sekitar Januari 2017, ketika pertama kali saya bertemu dengannya ‘Datin Alya’ sebagai kenalan dan bukanlah sebagai rakan karib,” jelasnya.

Kredit:GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *