Christiano Ronaldo ‘Cuak’ Sekejap Bila Bola Disepak Terkena Pengawal Keselamatan Tapi Jadi Selepas Itu Memang Tak Disangka

Cristiano Ronaldo secara tidak sengaja membuatkan pengawal keselamatan perlawanan rebah ketika melakukan sesi pemanas badan sebelum pertemuan antara Manchester United menentang Young Boys, awal pagi tadi.

RONALDO meminta maaf selepas tidak sengaja melakukan rembatan yang mengenai pengawal keselamatan. FOTO AFP

Bola sepakan bintang Portugal itu tersasar sehingga terkena pengawal keselamatan berkenaan terus rebah.

Selepas keadaan menjadi reda dan pasukan perubatan tiba. Christiano Ronaldo telah menghadiahkan baju jersey yang dipakai kepada pengawal keselamatan tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu tidak menjejaskan prestasi Ronaldo apabila dia membuka tirai jaringan di Switzerland pada minit ke-13.

Ia adalah gol ketiga Ronaldo dalam dua perlawanan sejak dia kembali bersama United.

Dia meledak dua gol ketika melakukan debut keduanya bersama United dengan membantu kelab itu menewaskan Newcastle United 4-1, Sabtu lalu.

Namun, United tewas di tangan Young Boys menerusi jaringan lewat permainan yang dihasilkan pasukan tuan rumah.

Ronaldo kini menyamai rekod Iker Casillas sebagai pemain yang paling banyak membuat penampilan dalam sejarah saingan Liga Juara-Juara.

Mereka berkongsi rekod 177 penampilan di pentas Eropah namun Ronaldo hanya memerlukan satu lagi perlawanan bagi mengatasi rekod berkenaan dengan bintang Portugal itu sudah pun memegang status sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan itu.

Awal bulan ini, Ronaldo turut menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam saingan bola sepak antarabangsa.

Sumber : HMETRO ONLINE 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *